Monday, February 04, 2008

Selamat Tahun Baru 1429H

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera kepada semua warga kampus UTM. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda s.a.w penyebar risalah kebenaran ke serata alam.
Bersyukur kehadrat Ilahi atas anugerah pelbagai nikmatNya kepada kita yang serba daif lagi naïf. Pejam celik, tanpa disedari kita telah melangkau ke tahun 1429H. Salam Hijrah khusus buat mahasiswa mahasiswi yang beragama Islam. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat tahun Baru 1429H.

Pertamanya, suka saya ucapkan selamat menempuhi semester baru ini yang semestinya menjanjikan pelbagai suasana serba baru dan paling penting sekali cabaran-cabaran dalam kampus yang sedia menantikan ketibaan kalian sejurus selepas hamper 2 bulan honeymoon" di rumah bersama keluarga. Setinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya megambil peluang keemasan semasa bercuti untuk mendalami dan meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan serta kemahiran melalui apa jua pendekatan. Sememangnya, menjadi keperluan bagi kita untuk melengkapi jiwa dan peribadi kita dengan pancaran sinaran ilmu bagi menjamin kehidupan yang lebih harmonis dan bahagia. Sabda Nabi saw: "Ilmu itu cahaya"
Sempena Maal Hijrah ini, suka saya untuk berkongsi beberapa tips dalam usaha melakukan perubahan berdasarkan peristiwa Hijrah Nabi saw.

1. Muhasabah diri
Koreksi diri amat penting bertujuan untuk memperbaiki segala kelemahan, kekurangan yang telah kita lakukan serta menambah baik amal kebaikan. Hal ini kerana perubahan tidak mampu dilakukan melainkan dengan muhasabah/kesedaran.

2. Tetapkan azam
Perkara asas untuk kita realisasikan azam adalah dengan mempersiapkan mental agar sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan rintangan mendatang.

3. Pasang matlamat yang jelas
Individu yang benar-benar berjaya adalah yang meletakkan matlamat hidupnya dihadapan sebelum lainnya.

4. Rancang strategi
Setiap keazaman perlu diiringi dengan beberapa langkah atau strategi untuk mencapainya. Harapnya semua perancangan kita selari dengan perancangan allah S.W.T

5.Istiqomah
Juga dikenali sebagai komited/kosisten. Ia merupakan proses yang teramat payah dilaksanakan serta memerlukan pengorbanan yang cukup besar.
Akhir kalam, semoga detik-detik penghijrahan yang kita lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya..^_^

No comments: