Tarikh : 12-13 Januari 2008/ 3-4 Muharram 1429
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Port Dicson, Negeri 9
Anjuran : HEP UTM dengan kerjasama Pusat Latihan & Pembangunan Insan Nusantara
Penceramah : Dato’ Dr. Syed Samsuddin Al-Saggof
Fasilitator :
1. Mohd Hafezi Abd Hamid
2. Hjh Rohani Hussin
3. Thuraiya Abdul Aziz
Awwalan, ‘tak kenal maka tak cinta’. Justeru, suka untuk saya perkenalkan penceramah@guru yg tlh menyampaikan ilmu yang sungguh berharga yg tidak mungkin diperolehi oleh kebanyakan pelajar. Nama beliau Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Saggof. Merupakan pengasas Pusat Latihan Pidato Profesional (PULAPI-PRO) dan pengerusi pusat latihan dan Pembangunan Insan Nusantara. Beliau lebih dikenali sebagai guru pidato dan pakar motivasi. Suara beliau sering berkumandang di corong Radio 1 RTM dan muncul di TV1 dalam rancangan Jendela pagi, Inspirasi Pagi dan segmen motivasi Riak-riak Remaja. Beliau merupakan seorang pengarah Pembangunan Perniagaan di FETC serta menjadi "Professional Consultant Speaker" kepada beberapa buah syarikat korporat.
Pernah menyandang "Juara Pidato" di dalam partisipasi Pasentren Pidato Ageng Dharma Wijaya, Sumatera Utara, Indonesia. Pelbagai anugerah telah berjaya disandangnya.
Mahasiswa/mahasiswi yg budiman..
Secara peribadinya, saya amat besyukur kpd Allah SWT kerana telah diberi peluang dan kesempatan untuk sama sertai kursus ini. Hal ini kerana, pidato merupakan ibu segala ilmu kalam termasuklah perdebatan, pengucapan, ceramah dan puisi. Ilmu pidato amat berbeza dari yang lain kerana pidato merupakan seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dengan bertujuan memikat, menarik minat atau memukau pendengaran audiens untuk mendengar apa yang akan diperkatakan terus. Pidato juga merupakan ilmu kecerdasan minda dimana ianya menitikberatkan penghujahan bernas melalui minda yang dilakukan secara langsung kepada audiens.
Beberapa ilmu ingin saya kongsi bersama, mudah-mudahan beroleh keberkatan dariNya..
Sebab kenapa takut menyampaikan ucapan dikhalayak:
· Tidak biasa
· Kurang keyakinan
· Terasa asing, keseorangan kerana semua perhatian tertumpu pada perucap
· Bimbang bagaimana rupa kita apabila berada dipentas, bagaimana audiens fikir tentang kita @ fikiran-fikiran negatif mengganggu kosentrasi.
· Bimbang memalukan diri sendiri-terlupa apa yang nak diucap, gugup dsbnya.
Prinsip perbahasan dalam Pidato :
· Kukuhkan pendirian
· Akal mengawal emosi
· Jangan bergantung pada nota
· Kreatif dalam berhujah
· Berani keluarkan pendapat
· Tidak mudah putus asa
· Gelombang suara teratur dan berkesan
· Gaya yang menarik
· Sentuhan mata dan perasaan yang unik
Perkara asas kemahiran pidato :
· Berani ke hadapan khalayak
· Bertenang di dalam apa situasi ke adaan
· Kecekapan
· Sebutan yg jelas
· Bertanggungjawab terhadap audiens
· Memahami protokol
· Bersikap peramah
· Mudah tersenyum
· Bergerak dengan disiplin dan pantas
· Berketerampilan dan berwibawa
Semoga sedikit sebanyak menerusi ilmu yang telah saya kongsikan bersama dapat kita manfaatkan untuk kebaikan agama dan seluruh ummah.
No comments:
Post a Comment