Friday, July 04, 2008

SELAMAT MENEMPUH ALAM KAMPUS



Rasanya masih belum terlambat untuk diriku mengucapkan selamat datang kepada adik-adik yang baru saja mendaftar di UTM. Tahniah buat kalian kerana berjaya menjejakkan kaki ke alam yang tentunya baru buat kalian.
Hm... penat jugak mengendalikan adik-adik sepanjang MHS nih. Tapi, hati tetap seronok membantu. Bila semuanya kerana Allah, hati tetap bahagia walau apa pun cabaran yang dihadapi.
Adik-adik..
MHS bakal berlalu. Setelah itu, adik-adik akan bergelar siswa atau siswi di kampus ini. Bermulalah sesi kuliah, bermulalah episod baru dalam diri adik-adik (”Wah, aku sudah bergelar mahasiswa kampus”). Kebiasaannya, sesi kuliah akan adik-adik hadiri dari pagi hingga petang. Waktu malam pula akan digunakan untuk menyiapkan ’assignment’. Begitulah setiap hari. Hujung minggu pula masa untuk keluar ber’shopping’. Kalau tidak pun, pulang ke kampung. Begitulah saban hari rutin kehidupan adik-adik. Masa pula akan terus mencemburui sehingga adik-adik tidak sedar sudah setahun rupanya berada disini dan muka-muka baru pula akan muncul mengambil tempat.
Adik-adik ku yang dikasihi, bertanyalah kepada diri. Adakah cukup sekadar itu kehidupanku?. Satu kehidupan yang cukup ’smooth’ tanpa cabaran. Satu jalan cerita kehidupan yang begitu mudah tanpa liku-likunya.
Alam kampus bukanlah seperti alam persekolahan yang adik-adik lalui suatu ketika dahulu. Pada saat ini, adik-adik seharusnya menjadi seorang yang lebih banyak berfikir daripada menerima. Di sinilah adik-adik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu, bukan sekadar ilmu yang didapati dalam dewan-dewan kuliah sahaja. Bahkan banyak lagi ilmu-ilmu yang harus dipelajari seperti ilmu-ilmu keagamaan, ilmu kepimpinan, ilmu berkomunikasi dan ilmu-ilmu yang dapat meningkatkan sahsiah diri. Fokus adik-adik bukan sekadar di dalam kampus sahaja, bahkan ia harus diluaskan kepada masyarakat, agama dan negara.
Di sini terdapat pelbagai medium yang dapat digunakan untuk melengkapkan pengalaman dan pengetahuan adik-adik. Sebagai contoh, melibatkan diri dalam persatuan merupakan satu wadah untuk kita meningkatkan ilmu-ilmu kepimpinan dan menghadiri kelas-kelas ilmu dan program-program ilmiah dapat menambahkan pengetahuan agama kita. Ia bergantung kepada adik-adik sendiri samada mahu menyertainya atau tidak. Yang paling penting adalah adik-adik tidak melupkan tanggungjawab sebagai pelajar dan juga anak kepada kedua ibubapa. Masa adik-adik perlu diuruskan sebaik mungkin supaya dapat mengimbangi kesemua tanggungjawab yang dipikul.

Nabi S.A.W pernah berpesan dengan sabdanya :” Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara :
1- Masa SIHAT sebelum datang masa SAKIT
2- Masa LAPANG sebelum datang masa SEMPIT
3- Masa KAYA sebelum datang MISKIN
4- Masa MUDA sebelum datang masa TUA
5- Masa HIDUP sebelum datangnya MATI

Jadi, sama-samalah kita mengambil iktibar dari sabda nabi ini. Setiap saat adalah berharga. Salam perjuangan buat kalian...

5 comments:

Mashizaki Keikan said...

Tunjukkan perhatian anda kepada isu Palestin... JEmput beramai-ramai... http://kelab-iqra.blogspot.com/2008/12/solat-hajat-palestin.html

Anonymous said...

salam..mujahidah sebenar akan lahir dengan ujian derita hati dan tahap diuji...sejauh mana ketahanan dirinya diuji..cikgu hafezi (kursus pidato PD)

Cinta Agong said...

Selamat menulis.... jangan tak buat keja sudaa

ADIL UKM kluang said...

"Satu jalan cerita kehidupan yang begitu mudah tanpa liku-likunya"
sudah tentu...kehidupan dunia penuh ujian dan tipu daya...rebut dan carilah peluang selagi ada...AMY.CAIYOK-

~PakKaramu~ said...

Pak Karamu menziarahi blog anda